|

Bola Sepak : Sg Galah belasah Dato Sagor untuk juara edisi 2012!

MENANG BESAR! Walaupun pasukan Malaysia semalam tunduk kepada Jepun, tetapi tidak kepada pasukan bola sepak SK Sungai Galah apabila berjaya menundukkan musuh tradisi mereka SK Dato Sagor 4 - 1 di perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Zon Kg Gajah.

Perlawanan yang berlangsung dihadapan penonton sendiri Dato Sagor menyaksikan persembahan cemerlang pemain-pemain SK Sungai Galah tanpa rasa gentar dengan sorakan mereka. Perlawanan ini juga merupakan sambungan perlawanan yang ditangguhkan pada minit ke lima akibat cuaca yang tidak mengizinkan.

Setelah berkali-kali bertemu di perlawanan akhir, akhirnya SK Sungai Galah berjaya membuktikan bahawa kejohanan kali ini adalah milik mutlak mereka. Kejayaan ini juga sangat manis apabila Guru Besar, En Abd Razak Hj Adam turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.
Sebelum itu, SK Sungai Galah telah pun beraksi cemerlang diperingkat kumpulan lagi apabila membelasah SK Sri Changkat 8-0, kemudian mengalahkan SK Chenderong Kelubi 4-0, dan membelasah SK Raja Chulan di peringkat separuh akhir dengan 9-0.
Kejohanan kali ini juga menyaksikan SK Raja Chulan mendapat tempat ketiga setelah menewaskan SK Chenderong Kelubi melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 50 minit perlawanan dan masa tambahan.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:47 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Bola Sepak : Sg Galah belasah Dato Sagor untuk juara edisi 2012!"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels