|

CUEPACS saran kenderaan rasmi kerajaan dikecualikan tol

KOTA BAHARU, 12 Feb - Selepas membuat saranan agar kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kini mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

"Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan," katanya di sini.

Omar berkata CUEPACS sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 8:17 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "CUEPACS saran kenderaan rasmi kerajaan dikecualikan tol"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels