|

Kem 1 Murid 1 Sukan Daerah Perak Tengah

28 September, Rabu - Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah Perak Tengah bagi tahun 2011 sedang berlangsung di Pasir Salak Resort, Kampung Gajah. Kem ini berlangsung selama tiga hari dari 26 September hingga 28 September 2011.

Peserta-peserta yang terlibat dengan kem ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran sukan. Antara yang diterapkan sepanjang kem ini teramsuklah kemahiran bermain pelbagai permainan, pengurusan sukan dan disiplin diri.

Kem ini adalah sebagai menyahut aspirasi kerajaan yang mana telah melancarkan dasar ini pada awal tahun ini oleh Menterinya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Anda boleh layari Facebook Page Kem 1 Murid 1 Sukan Daerah Perak Tengah 2011 untuk melihat lebih banyak foto. Hanya klik di SINI.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 4:31 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Kem 1 Murid 1 Sukan Daerah Perak Tengah"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels