|

Keputusan UPSR SK Sungai Galah 2011

17 Nov, Khamis - Hari ini telah diumumkan keputusan UPSR di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. SK Sungai Galah turut terlibat dengan pengumuman pada hari ini.
Nampaknya, keputusan pada tahun ini masih belum berjaya mencapai ibjektif yang ditetapkan. Hanya seorang calon yang mendapat keputusan 5A, iaitu adik Nur Aishah bt Mohd Ilni.
Sasaran sekolah untuk tahun ini adalah 4 orang, malangnya sasaran tersebut tidak tercapai apabila tiga orang lagi calon hanya berjaya mendapat 4A 1B. Mereka adalah adik Aiman, adik Izzatul Syakirah dan adik Nurul Azeera. Mengejutkan, mata pelajaran yang mereka perolehi B adalah Bahasa Melayu penulisan.

Peratus lulus semua mata pelajaran turut menurun dari 59% kepada hanya 50%. Peratus lulus Bahasa Melayu Pemahaman meningkat daripada 88.5% ke 94.6% manakala Bahasa Melayu Penulisan pula menjunam dari 82.7% ke 64.3%. Peratusan Bahasa Inggeris pula meningkat dari hanya 57.7% kepada 60.7% dan bilangan yang mendapat A juga meningkat kepada 4 orang. Mata pelajaran Sains juga dilihat menurun dari 88.5% ke 76.8% tetapi bilangan yang mendapat A pula meningkat 50 peratus dari 4 orang menjadi 8 orang.
Tahniah kepada yang cemerlang dan kepada yang tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, ini bukanlah penamat untuk perjuangan anda. Perjalanan masih jauh, teruskan usaha anda!


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 4:27 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Keputusan UPSR SK Sungai Galah 2011"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels