|

MCA jumpa Muhyiddin berhubung kekurangan guru di SJK(C)

KUALA LUMPUR, 19 Feb - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi berhubung isu kekurangan guru di sekolah vernakular Cina.

Beliau berkata data mengenai jumlah guru sekolah SJK(C) yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran mungkin tidak menggambarkan kekurangan yang sebenar.

"Sehingga hari ini, masalah itu masih wujud. Saya akan berjumpa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyddin Yassin untuk membincangkan perkara ini kerana kami mahu ia diselesaikan segera," katanya ketika dihubungi.

Sejak beberapa minggu lepas, ia dilaporkan bahawa sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan hampir 2,000 guru di seluruh negara.

Isu itu pertama kali ditimbulkan sebelum sesi persekolahan bermula awal tahun ini dan Kementerian Pelajaran dilaporkan berusaha menangani masalah itu.

Hari ini, kekosongan jawatan di sesetengah sekolah telah diisi tetapi masalah baru timbul berikutan guru-guru yang dihantar ke sana tidak memahami bahasa Cina.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:13 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "MCA jumpa Muhyiddin berhubung kekurangan guru di SJK(C)"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels