|

Murid dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Batu Buruk

Anggota Unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat berusaha mencari kanak-kanak 8 berusia tahun, Ahmad Saibi Amir Muslim yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok di sini, Isnin. Ahmad Saibi dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya di pantai berkenaan kira-kira jam 5 petang Isnin.
KUALA TERENGGANU - Seorang murid darjah dua Sekolah Kebangsaan Ladang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Batu Buruk di sini petang semalam.

Ahmad Saibi Amir Muslim, 8, sedang mandi bersama dua lagi rakannya apabila kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang.

Pelampung yang digunakannya dikatakan pecah setelah dilambung ombak setinggi dua meter.

Dia sempat menjerit meminta tolong bagaimanapun hanyut dibawa arus deras.

Seorang remaja, Norna Mina Nazrul Zaman, 18, yang sedang mencari remis bersama ibunya tidak jauh dari tempat kejadian telah membaling pelampung kepada mangsa namun mangsa gagal mencapainya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkahirul Razali ketika ditemui di tempat kejadian berkata usaha mencari mangsa dilancarkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:20 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Murid dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Batu Buruk"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels