|

PTPTN Tidak akan naikkan kadar faedah

TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menaikkan kadar faedah ke atas pinjaman daripada agensi itu berikutan langkah memeterai perjanjian dengan bank CIMB.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kadar faedah satu peratus yang dikenakan ketika ini akan terus kekal di bawah kaedah atau konsep pinjaman berasaskan syariah, Ujrah yang diperkenalkan tahun lepas.

Menurutnya, PTPTN mengenakan faedah satu peratus agar tidak membebankan peminjam kerana kadar faedah yang tinggi hanya akan menyukarkan peminjam membuat pembayaran balik.

“Walaupun bank menaikkan kadar faedah pinjaman semasa tetapi PTPTN tidak akan membebankan pelajar.

"Kita tetap kenakan peminjam dengan kadar upah Ujrah satu peratus dan ia kekal serta tidak timbul masalah membebankan pelajar kerana mereka masih membayar pinjaman dan saya berharap pelajar jangan risau masalah tersebut,” katanya.

Ismail berkata, pembangkang sebelum ini menyifatkan pinjaman bersandarkan prinsip Islam, bernilai RM1.5 bilion yang diberikan PTPTN itu, bakal membebankan para pelajar ekoran kadar faedah tinggi yang dikenakan 5.7 peratus setahun.

Menurutnya, dakwaan pembangkang itu tidak munasabah kerana PTPTN telah pun memeterai perjanjian berdasarkan konsep Ujrah.

“Pinjaman dengan Bank CIMB memudahkan pemohon baru membuat pinjaman bagi mengatasi masalah keengganan bekas pelajar sebelum ini membayar balik pinjaman tabung itu mengikut jadual.

“Saya menjangkakan peruntukan pinjaman akan meningkat RM6 bilion tahun ini berbanding tahun sebelumnya hanya RM4 billion.

"Peningkatan pinjaman tersebut kerana lebih ramai pelajar layak memasuki ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang memohon pinjaman tersebut,” katanya.

SH


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:30 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "PTPTN Tidak akan naikkan kadar faedah"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels