|

Guru Bahasa Inggeris terlepas hukuman tali gantung

KUALA TERENGGANU - Seorang guru bahasa Inggeris terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 347.6 gram pada April tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membebaskan Abdul Karim Mohammad, 40, tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Yazid menjelaskan, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah berkenaan adalah milik tertuduh selain gagal membuktikan bilik nombor empat tempat dadah berkenaan ditemui adalah dihuni oleh tertuduh.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:26 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Guru Bahasa Inggeris terlepas hukuman tali gantung"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels