|

Pelajar PPG Dan KPLI Akan Dipertimbang Untuk Dapat Baucer Buku RM200

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dipertimbangkan untuk mendapat baucer buku bernilai RM200, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dan Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk tindakan selanjutnya.

"Sekarang difahamkan KPT sedang menilai perkara itu dan kita harap ia akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung rungutan pelajar PPG dan KPLI yang tidak memperoleh bantuan buku tersebut kerana tidak layak.

Pemberian baucer buku itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 7:59 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pelajar PPG Dan KPLI Akan Dipertimbang Untuk Dapat Baucer Buku RM200"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels