SUKAN TAHUNAN 2012 - Rumah Kuning rampas kejuaran!
TG. TUALANG - SK Sungai Galah sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohana Sukan Tahun 2012 pada Khamis lepas.Kejohanan kali ini menyaksikan Rumah Kuning telah berjaya merampas kejuaraan yang selama ini disandang oleh Rumah Biru.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Saudara Ramelle Ashram Ramli, Bendahari UMNO Bahagian untuk merasmikan kejohanan pada tahun ini. Beliau turut menyumbang hadiah untuk Olahragawan dan Olahragawati sekolah pada tahun ini.
Sebagai tanda terima kasih beliau atas jemputan berkenaan, pasukan bola sepak SK Sungai Galah turut dihadiahkan satu set jersi baru tahun hadapan.
Beratus lagi gambar boleh dilihat Facebook Page SK Sungai Galah
