|

Pembantu am rendah sekolah maut nahas dua kereta

JENGKA - Seorang pembantu am rendah, Sekolah Menengah Felda Jengka 18, maut apabila Proton Wira yang dipandunya bertembung dengan Perodua Myvi semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Mangsa, Abdul Kamal Awang Abdul Rahman, 53, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Bandar Jengka.

Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Asistan Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kereta Myvi yang datang dari arah bertentangan dikatakan hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar kenderaan mangsa.

“Mangsa ketika itu dalam perjalanan ke Felda Jengka 18 dan kemalangan berlaku di jalan besar Felda Jengka 23. “Difahamkan isteri mangsa yang turut bersama ketika kejadian patah peha dan bahu kanan manakala pemandu Myvi pula patah peha kanan,” katanya.




Difahamkan, isteri mangsa dan pemandu Myvi terbabit kini sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoShas) Termerloh dan berada dalam keadaan stabil.

Sumber - Sinar


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 12:31 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pembantu am rendah sekolah maut nahas dua kereta"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels