|

Mahu bawa telefon bimbit ke sekolah? Keputusannya...

KUCHING - Cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan akan diputuskan menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pandangan daripada semua pihak berkepentingan akan diambil kira sebelum keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan tersebut.

Sebelum ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran itu atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Klik SINI tanda sokongan atau bantahan sempena hari raya yang bakal menjelma! Best tuh!

Wee berkata cadangan itu adalah selari dengan perkembangan semasa serta garis panduan akan ditetapkan bagi mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelak ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bantuan tahunan sebanyak RM11.2 juta kepada 165 buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) bantuan kerajaan dan sekolah mubaligh aliran Cina di sini hari ini.

Wee juga berkata kementerian akan memperbaiki bangunan sekolah SJK yang usang di Sarawak termasuk menggantikan struktur bumbung, perabot serta menambah kapasiti bilangan murid.

- Bernama

p/s : Bulan Ramadhan adalah masa untuk bermaafaan sesame sendiri dan memperbaharui hubungan -  baik hantar mesej #UEratkanLagi 


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 8:00 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Mahu bawa telefon bimbit ke sekolah? Keputusannya..."

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels