|

Murid tahun satu hampir diperkosa penganggur

Gambar hiasan
PETALING JAYA 16 Ogos — Seorang penganggur dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba merogol seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun pada tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Abd. Hakim Mohd. Radzi, 32, kerana mahkamah memandang serius kesalahan tertuduh apatah lagi ia melibatkan kanak-kanak dan dilakukan di kawasan berhampiran sekolah mangsa.

Klik SINI untuk tawaran istimewa pembaca blog SK Sungai Galah...

Abd. Hakim didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak tersebut di dalam hutan, belakang Sekolah Kebangsaan Merbau, Sempak, Sungai Buloh dekat sini di antara pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi, 2 Ogos 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Sumber: Utusan

p/s: Berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali dan Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej klik #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin 


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 9:01 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Murid tahun satu hampir diperkosa penganggur"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels