|

Hati Mulia Seorang Guru...

Norainee (kanan) bertanya sesuatu kepada Zura di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan semalam. 
KOTA BHARU – Meskipun patah tulang pinggul dan terpaksa pula berkerusi roda selama tiga bulan, seorang guru wanita yang menjadi mangsa ragut di sini kelmarin tidak berdendam terhadap penjenayah terbabit.

Sebaliknya Zura Ashikin Mustafa, (gambar kecil) 48, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim di sini bukan sahaja simpati malah timbul rasa kasihan terhadap masa depan peragut itu kerana tidak mendapat didikan sempurna.

“Saya tidak berdendam, cuma kasihan macam mana dia dididik hingga jadi penjenayah,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abd. Rahman semalam.

Turut mengiringi Norainee ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr. Zaidun Kamari dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Norainee meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk memberikan kata-kata perangsang kepada guru itu yang juga ibu kepada lapan orang anak.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan Zura bukan sahaja kerugian RM2,000 malah tulang pinggulnya patah akibat dilanggar kereta peragut terbabit ketika suspek itu mahu melarikan diri.

“Apa yang memberi semangat untuk saya segera pulih ialah anak-anak dan para pelajar saya,” kata Zura dalam nada sebak.

Dalam pada itu Norainee menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa ragut di tempat yang tidak disangka-sangka.

Polis Kelantan kelmarin berjaya menahan suspek kes terbabit berusia 19 tahun, yang turut disyaki terlibat dalam 30 kes jenayah lain termasuk samun, ragut dan pecah rumah.

Dalam perkembangan lain, Norainee berkata, selepas kejayaan tiga sekolah perintis di Lembah Klang, program ‘Sekolah Dalam Hospital’ diperluas dengan pembukaan sekolah keempat di HUSM sini.

Beliau yang juga Penaung Jawatankuasa Hati Nurani berkata, dalam masa terdekat beberapa sekolah lagi akan dibuka.

“Kementerian Pelajaran akan mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan.

Program Sekolah Dalam Hospital digerakkan jawatankuasa itu menerusi Yayasan Nurul Yaqeen, bertujuan memastikan pelajar yang menerima rawatan tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Sejak dilancarkan pada Julai 2011, tiga sekolah perintis dibuka di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Setakat ini sekolah terbabit telah menerima lebih 6,000 pelajar sementara sekolah di HUSM itu pula beroperasi pada 18 September lepas dan kini mempunyai 10 pelajar.

Kosmo!


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 7:42 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Hati Mulia Seorang Guru..."

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels