|

Muhyiddin jemput rakyat kemuka input Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program selama dua hariitu, yang akan diadakan pada Oktober, bertujuan menjemput pihak berkepentingan untuk melontarkan pandangan serta perkongsian idea sebelum pelan itu dibentangkan kepada Kabinet dan dimuktamadkan pada Disember.

"Masih terdapat ruang dan peluang untuk pihak berminat mengemukakan perkara-perkara yang mereka fikir perlu dimasukkan di dalam pelan itu. Perkataan kunci di dalam laporan ini ialah peningkatan kualiti bidang pendidikan.

"Kalau cadangan itu dilihat boleh menambahbaik kualiti pendidikan, kami bersedia menerima dan memasukkan cadangan-cadangan di dalam laporan," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan tinjau peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperinci anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif itu.

Tambah Muhyiddin, kementerian juga akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada semua peringkat masyarakat agar mereka mengetahui kandungan pelan berkenaan, dan bidang mana pihak kerajaan memberi keutamaan.

"Kami akan cetak bahan penerangan yang mudah, dalam bahasa yang mudah, agar ramai dapat memahami kandungan laporan itu," jelas beliau.

Muhyiddin berkata kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklum balas secara berterusan.

"Sebagai langkah susulan, kami mungkin akan menubuhkan jawatankuasa pemantau yang terdiri daripada wakil kementerian, ibu bapa, dan ahli akademik untuk memberi input dan pandangan dari semasa ke semasa tentang apakah yang patut dilakukan dan bidang mana perlu diberikan lebih tumpuan," jelasnya.

Justeru itu, Muhyiddin berkata apa yang penting ialah setiap perakuan perlu diambil kira dari falsafah pendidikan dan bahasa pelajaran yang dilaksanakan selama ini, dan apa-apa yang dilaksanakan mestilah sesuatu yang pratikal dan munasabah, serta tidak lari daripada tujuan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Beliau juga meminta orang ramai untuk membaca laporan awal itu sebelum membuat sebarang kesimpulan atau keputusan.

Terdahulu, Muhyiddin ditemani Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan guru besar sekolah itu Puan Sarimah Ahmad, meninjau seramai 89 pelajar menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Muhyiddin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR, dan berharap ibu bapa akan membantu memberi semangat dan dorongan agar anak mereka boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan.

Seramai 517,139 calon yang berdaftar menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai semalam hingga Khamis. 

- Bernama



Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 9:48 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Muhyiddin jemput rakyat kemuka input Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan"

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels