|

Tiga pelajar ponteng ragut penumpang wanita

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja ponteng sekolah dikesan meragut penumpang stesen transit aliran ringan (LRT) di sekitar ibu negara sebelum seorang daripadanya diberkas polis, kelmarin, ketika melakukan jenayah itu terhadap seorang pelajar perempuan kolej swasta di Stesen LRT Hang Tuah, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan remaja terbabit yang masih di bawah umur berkeliaran secara berkumpulan dengan memakai pakaian biasa pada waktu persekolahan.

Menurutnya, dalam kes berkenaan mangsa berusia 21 tahun dihampiri tiga remaja terbabit di stesen LRT berkenaan jam 10.30 pagi sebelum ditolak sehingga jatuh.

“Suspek bukan saja meragut telefon pintar milik mangsa, malah turut mencabulnya yang cedera di lutut.

“Bagaimanapun, perlakuan suspek dilihat anggota polis yang meronda sebelum ketiga-tiganya cuba diberkas dan seorang daripada mereka ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mohmad berkata, remaja yang ditahan berusia 15 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui telefon pintar milik mangsa dan satu pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter dalam poket seluarnya.

“Soal siasat mendapati remaja terbabit mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita di Desa Tasik, Mac lalu.

“Remaja terbabit kini direman seminggu dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 8:11 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Tiga pelajar ponteng ragut penumpang wanita"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels