|

Kakitangan Swasta rogol pelajar tingkatan 2 dipenjara

MELAKA 10 Feb. - Seorang pekerja syarikat swasta dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun pada November 2010 dan April tahun lalu.

Kamarol Abu Bakar, 32, didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Batu 32, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, dekat sini kira-kira pukul 10 malam pada November 2010.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didakwa memperkosa mangsa di rumah yang sama kira-kira pukul 2 petang pada April 2011.

Kamarol yang tidak diwakili peguam bela dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, ketika mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Kamarol memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dengan perbuatannya dan ingin membina kehidupan baru.

Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran pula meminta mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada lelaki itu dan masyarakat.

Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shahrudin kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan berjalan serentak. - UTUSAN


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 11:41 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Kakitangan Swasta rogol pelajar tingkatan 2 dipenjara"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels