|

Muat Turun Surat Tawaran SBPA di Laman Web Kementerian

Log masuk untuk muat turun dan cetak surat tawaran Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Laman Web Kementerian Pelajaran.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  

Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:- 

                       ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
                       Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS 

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. 

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing. 

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:- 

Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel                               : 03-8884 7137/7189/7038
Emel                           : sbpa@moe.gov.my
 
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi     : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server       : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal           : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my
                            
 
Sekian dan terima kasih.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 12:55 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Muat Turun Surat Tawaran SBPA di Laman Web Kementerian"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels