|

Pemandu lori dituduh lacurkan pelajar tingkatan 3

AYER KEROH - Seorang peman­du lori wanita dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini semalam kerana melacur seorang pelajar sekolah Tingkatan Tiga, Ogos lalu.

Tertuduh, Suriah Sulong, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, Suriah dari Taman Sri Lanang dituduh memperdagangkan seorang pelajar berusia 15 tahun bagi maksud eksploitasi seks di Hotel Coastal Park, Ujong Pasir, Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara di SEREMBAN, sepasang suami isteri dan seorang lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban, di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan seorang gadis tempatan di sebuah hotel di Seremban, 22 November lalu.

Tertuduh R.Umadevi, 28, dan suaminya M. Ramesh, 27, serta S.Alagernthiren didakwa bersama pada 22 November lalu kira-kira 11 pagi di Hotel Famous, memukul dengan kerusi dan mengancam membunuh seorang gadis berusia 19 tahun jika mangsa tidak melacurkan dirinya.

Ketiga-tiga tertuduh kemudiannya menerima wang hasil pelacu­-ran tersebut dan tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).boleh dihukum di bawah peruntukan sama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 12:57 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pemandu lori dituduh lacurkan pelajar tingkatan 3"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels