Murid tahun 3 maut di dalam kemalangan
![]() |
Gambar Hiasan |
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata mangsa R. Valermarthy, berasal dari Kampung Benggali, Chemor, cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan berlaku 12 tengah malam ketika kedua-duanya dalam perjalanan dari bandaraya ini menuju rumah bertembung dengan sebuah kereta lain, katanya ketika di hubungi Selasa.
Azisman berkata mangsa duduk di bahagian hadapan sebelah penumpang ketika kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, manakala bapanya dan pemandu kereta yang sebuah lagi itu hanya cedera ringan.
-Bernama
