|

Isu telefon bimbit - PIBGN tidak setuju

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Pengerusi PIBG Nasional Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan (gambar) berkata pelajar tidak sepatutnya dibenarkan membawa sebarang peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit ke sekolah kerana ini bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan akan mewujudkan budaya tunjuk menunjuk dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, langkah ini juga dikhuatiri akan disalah guna termasuk membuat rakaman yang tidak sepatutnya selain mengganggu kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, kalau luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya ketika dihubungi Bernama.




Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran yang membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah, mulai tahun depan. - Bernama


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 10:56 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Isu telefon bimbit - PIBGN tidak setuju"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels