|

Pelajar mangsa buli pecah gegendang telingan ditampar

ALOR SETAR - Seorang ibu kesal dan bimbang dengan masa depan anaknya yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah elit pusat bandar ini hingga menyebabkan gegendang telinga kanannya pecah.
Suri rumah, Nor Hapizah Puteh, 39, berkata, dia menyedari Mohamad Hazim Mohamad Zaid, 13, menjadi mangsa buli apabila membawa anak kedua daripada tiga beradik itu mendapatkan rawatan telinga setelah remaja itu mengadu sakit.

Menurutnya, pada awalnya, Mohamad Hazim enggan bercerita yang dia menjadi mangsa buli kepada sekumpulan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di pusat bandar ini kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya dan suami mengetahui kes ini apabila membawa dia (Mohamad Hazim) mendapatkan rawatan pada kedua-dua telinga di klinik Tanah Merah, Pendang.

“Sebelum ini dia ada mengadu sakit badan pada saya, namun dia tidak menceritakan hal sebenar dan hanya memberitahu letih kerana bermain ragbi,” katanya.

Nor Hapizah turut terkilan apabila anak yang dilahirkan sempurna itu kini terpaksa menanggung kesakitan akibat perbuatan orang lain.

Dia yang hairan melihat sikap anaknya yang sering enggan pulang ke asrama masih belum memikirkan sama ada mahu menukar ke sekolah lain atau tidak.

Mohamad Hazim berkata, dia bersama beberapa pelajar lain yang tinggal di asrama menjadi mangsa buli kepada sekumpulan pelajar itu sejak awal tahun ini.

Menurutnya, terbaru, pada Khamis lalu dia bersama kirakira 80 pelajar lain dikejutkan kumpulan pelajar itu kira-kira jam 2.15 pagi untuk berbaris. “Selepas berbaris mereka mengarahkan kami ketuk ketampi 250 kali dan mereka mengarahkan agar sesiapa yang ada melakukan kesalahan sepanjang minggu itu tampil ke hadapan.

“Saya yang rasakan ada melakukan kesalahan iaitu tidak menegangkan cadar bergerak ke hadapan, lalu kami dijentik di dahi dua kali,” katanya.

Kemudian, seorang daripada kumpulan pelajar itu menampar sebelah kanan kepalanya hingga dia rasa pening. Mohamad Hazim berkata, dia juga pernah diarah melakukan beberapa perkara lain, termasuk membasuh pakaian kumpulan pelajar terbabit.




Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asistan Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan tersebut.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat berkata, laporan berhubung kes itu masih belum diterima dan akan menyiasat setelah menerima laporan itu nanti.


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 12:09 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pelajar mangsa buli pecah gegendang telingan ditampar"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels