|

Guru Bahasa Jepun Ditemui Mati Di Sisi Bayinya

BAGAN DATOH: Seorang guru bahasa Jepun ditemui mati di sisi bayi lelakinya berusia tujuh bulan dalam sebuah bilik di rumahnya di Kuarters Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, petang semalam.

Seorang rakan sekerja mangsa yang enggan dikenali berkata beliau menemui mayat Normaya Mokhtar, 33, dalam keadaan terlentang di atas tilam bersama anaknya itu.

"Pada petang Rabu, saya hantar sms (sistem pesanan ringkas) kepada Normaya bertanya mengenai urusan kerja tetapi beliau tidak balas sms saya dan saya cuba menelefonnya namun gagal," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata curiga dengan keadaan Normaya, dia datang ke rumah mangsa pada petang semalam.

"Pada Rabu malam, saya ada terdengar bayi menangis berpanjangan di kawasan kuarters tetapi saya tidak menyangka itu anak Normaya.

"Saya rasa tak sedap hati dan pada petang semalam saya ketuk pintu rumah dia tetapi tiada orang jawab. Saya jumpa kunci pendua di luar rumahnya dan terus buka pintu dan nampak dia terlentang bersama anaknya dalam bilik," katanya.

Beliau berkata dia menghantar mangsa ke hospital berhampiran dan doktor mengesahkan Normaya mati akibat serangan jantung.

Difahamkan, Normaya yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, tinggal berasingan dengan suaminya yang juga seorang guru di Johor Baharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohamad Zaki Harun mengesahkan kejadian itu sebagai mati mengejut dan enggan mengulas lanjut.

- Bernama


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 1:06 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Guru Bahasa Jepun Ditemui Mati Di Sisi Bayinya"

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels