|

Lelaki lembut tak dilarang jadi guru

Gambar hiasan
ARAU: Lelaki berperwatakan lembut tidak dihalang daripada menceburi kerjaya perguruan walaupun banyak pihak berusaha menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya tidak menular ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, peluang golongan berkenaan menceburi bidang perguruan masih terbuka sama seperti lelaki lain kerana kementerian tiada sebab menolak permohonan mereka jika mempunyai kelayakan dan kualiti sebagai pendidik.

“Kementerian tidak pernah melaksanakan dasar mendiskriminasi guru berperwatakan lembut, tetapi jika mereka melakukan aktiviti menyalahi etika perguruan dan memberi pengaruh tidak baik kepada pelajar, contohnya menyertai Ratu Pondan, kita akan ambil tindakan.

“Jika ia berlaku, tindakan yang diambil termasuk kaunseling dan amaran, bukannya terus dipecat manakala bagi kes mahkamah, kita akan biarkan mahkamah menentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di Kolej Matrikulasi Arau, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam usaha memerangi isu LGBT berkenaan, tidak wujud ‘dangerous messages’ seperti didakwa golongan terbabit termasuk mendiskriminasi atau menimbulkan kebencian terhadap kumpulan terbabit.

“Malah, dua minggu lalu, saya didatangi seorang guru lelaki meminta bantuan selepas digantung tugas kerana didakwa merangsang pelajar lelaki di sekolahnya,” katanya.

Sumber: Metro


Share/Bookmark
Posted by Cikgu Makmal on 8:33 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

2 comments for "Lelaki lembut tak dilarang jadi guru"

  1. saya adalah antara guru yang berperwatakan lembut namun saya tak rasa didiskriminasi..malah dihormati kerana mengngkat nama sekolah ke peringkat negeri dalam bidang kebudayaan,menjalankan kerja sekolah seperti guru lain malah mendapat anugerah cemerlang sebanyak 2 kali di sebuah sekolah dalam tempoh 7 tahun...saya juga diberi kepercayaan menjadi ajk persatuan di sekitar masyarakat setempat saya mengajar.Perwatakan lembut bukan satu penyakit berjangkit yang perlu ditangani secara serius kerana itu adalah persepsi masyarakat yang tidak memahami serta terus membuat sempadan serta andaian yang negatif.Bergantung kepada guru tersebut kalau hendak memajukan diri serta dihormati oleh orang di sekelilingnya.Ya memang bukan mudah pada mulanya..but gradually orang akan faham..Memang dan semestinya pekerti diri perlu dijaga agar tidak mencalit kekotoran pada profesion perguruan.Memang golongan seperti kami tidak lari dari ejekan,tohmahan dan sindiran namun kekuatan pada diri perlu ada untuk menukar persepsi negatif orang..Anyway selamat hari guru buat semua pendidik di Malaysia..Lagipun tanpa kami orang tak behiaslah dewan semasa sambutan,tak makan sedaplah bila diberi ajk makanan dan minuman,sunyi sepi majlis serta bosan tapi persembahan murid dan kebudyaan yang akan diberikan kami secara terang tanpa bersuluh tugasannya..hemmm..ada kami merungut dan ingkar..tidak..smuanya kami buat dengan hati ikhlas dan of course untuk sekolah serta warganya...

  2. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Leave a reply

Recently Added

Blog Archive

Labels