Salah sebut perkataan, cikgu 'gigit' lengan murid

SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.
KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.

Sumber: Metro

7:44 AM | Posted in , | Read More »

SUKAN TAHUNAN 2012 - Rumah Kuning rampas kejuaran!

TG. TUALANG - SK Sungai Galah sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohana Sukan Tahun 2012 pada Khamis lepas.

Kejohanan kali ini menyaksikan Rumah Kuning telah berjaya merampas kejuaraan yang selama ini disandang oleh Rumah Biru.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Saudara Ramelle Ashram Ramli, Bendahari UMNO Bahagian untuk merasmikan kejohanan pada tahun ini. Beliau turut menyumbang hadiah untuk Olahragawan dan Olahragawati sekolah pada tahun ini.

Sebagai tanda terima kasih beliau atas jemputan berkenaan, pasukan bola sepak SK Sungai Galah turut dihadiahkan satu set jersi baru tahun hadapan.

Olahragawan pada kejohanan kali ini adalah milik adik Abdul Rafik manakala Olahragawati pula disandang oleh Adik Nurul Nurain.


Beratus lagi gambar boleh dilihat Facebook Page SK Sungai Galah

10:08 AM | Posted in , , | Read More »

Jamuan Meraikan Kecemerlangan Pelajar Ujian Pertengahan Tahun 2012

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pertengahan Tahun yang lalu.

Pelajar-pelajar ini telah menerima habuan masing-masing dari Guru Besar berupa jamuan makan tengahari di hotel.

Hotel pilihan kali ini ialah Hill City Ipoh. Tahniah diucapkan!

Untuk lebih banyak gambar, klik SINI





11:59 PM | Posted in , | Read More »

Kejohanan Olahraga dan Balapan PKG Kg Gajah, SK Sg Galah tuan rumah

28 Feb, Isnin - Kejohanan Olahraga dan Balapan peringkat PKG Kg Gajah telah diadakan di padang SK Sungai Galah Sabtu yang lalu. Hampir semua sekolah di Zon Kg Gajah menghantar kontinjen terkuat masing-masing.

Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak.
Kejohanan kali ini sekali lagi dipelopori peserta-peserta dari SK Chenderong Kelubi yang membolehkan mereka menjuarai kejohanan edisi kali ini.

SK Sungai Galah, selaku tuan rumah, hanya mampu mengutip lima emas dari semua acara yang dipertandingkan.

12:41 AM | Posted in , , | Read More »

Pemain bola sepak SK Sungai Galah dapat habuan dari GB!

Setelah cemerlang untuk kejohana Bola Sepak peringkat Zon Kg Gajah pada tahun ini, pemain-pemain telah menerima habuan masing-masing seperti mana yang telah dijanjikan oleh guru besar kepada mereka sebelum perlawanan bermula.
Bukan wang dan tanah seperti mana pemain profesional dapat, cukuplah ucapan tahniah dan menu makanan bebas yang mereka boleh pinta di sebuah restoran yang dikunjungi setelah tamat majlis penyampaian hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada GB!

1:02 AM | Posted in , | Read More »

Bola Sepak : Sg Galah belasah Dato Sagor untuk juara edisi 2012!

MENANG BESAR! Walaupun pasukan Malaysia semalam tunduk kepada Jepun, tetapi tidak kepada pasukan bola sepak SK Sungai Galah apabila berjaya menundukkan musuh tradisi mereka SK Dato Sagor 4 - 1 di perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Zon Kg Gajah.

Perlawanan yang berlangsung dihadapan penonton sendiri Dato Sagor menyaksikan persembahan cemerlang pemain-pemain SK Sungai Galah tanpa rasa gentar dengan sorakan mereka. Perlawanan ini juga merupakan sambungan perlawanan yang ditangguhkan pada minit ke lima akibat cuaca yang tidak mengizinkan.

Setelah berkali-kali bertemu di perlawanan akhir, akhirnya SK Sungai Galah berjaya membuktikan bahawa kejohanan kali ini adalah milik mutlak mereka. Kejayaan ini juga sangat manis apabila Guru Besar, En Abd Razak Hj Adam turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.
Sebelum itu, SK Sungai Galah telah pun beraksi cemerlang diperingkat kumpulan lagi apabila membelasah SK Sri Changkat 8-0, kemudian mengalahkan SK Chenderong Kelubi 4-0, dan membelasah SK Raja Chulan di peringkat separuh akhir dengan 9-0.
Kejohanan kali ini juga menyaksikan SK Raja Chulan mendapat tempat ketiga setelah menewaskan SK Chenderong Kelubi melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 50 minit perlawanan dan masa tambahan.

11:47 PM | Posted in , , | Read More »

Sambutan Mulidurrasul Peringkat SK Sungai Galah 2012

19 Feb, Sabtu - Jumaat semalam menyaksikan SK Sungai Galah turut serta dalam Sambutan Maulidurrasul untuk tahun 2012 ini. Walaupun sambutan kali ini tidak dirancang dari awal, berkat pengalaman guru-guru yang ada di sekolah ini telah berjaya melaksanakannya dengan baik.

Syabas diucapkan kepada semua yang telibat. Sambutan kali ini seperti biasa didepani oleh Ustaz Suhaimi Hashim

 Semua foto adalah ehsan dari telefon bimbit Cikgu Shabki Othman

1:05 AM | Posted in , | Read More »

Majlis Penyerahan Geran Kelab Guru Daerah Perak Tengah 2012

 19 Feb, Sabtu - Sk Sungai Galah melalui kelab gurunya, BAGUS, telah berbesar hati menerima sumbangan geran kepada setiap kelab guru di sekolah-sekolah di Perak sumbangan Kerajaan Negeri.

Kelab guru SK Sungai Galah telah diwakili oleh pengerusinya, En Shabki Othman untuk menerima pemberian geran tersebut.

Majlis berlangsung di Dewan Iltizam, Institut Latihan Kemas, Seri Iskandar dan ianya disampaikan oleh ADUN Belanja,YB Dato Haji Mohd Zaim Abu Hasan.

12:48 AM | Posted in , , | Read More »

Bola Sepak Zon Kg Gajah - SK Sungai Galah mengamuk sakan!

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan Bola Sepak peringkat zon PKG Kg Gajah di Padang SK Dato Sagor. Perlawanan pada hari ini melibatkan perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir. Perlawanan akhir hanya akan diadakan pada hari Rabu, di padang yang sama pada pukul 3 petang.
Hanya lima pasukan yang terlibat untuk perlawanan kali ini setelah beberapa sekolah menarik diri di saat akhir. Antara sekolah-sekolah tersebut adalah SK Dato Sagor dan SK Raja Chulan (Kumpulan A) dan SK Sungai Galah, SK Chenderong Kelubi dan SK Sri Changkat (Kumpulan B).
SK Sungai Galah telah bermain dengan cemerlang pada peringkat kumpulan dan separuh akhir hari ini. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan SK Sungai Galah.

Peringkat Kumpulan
SK Sungai Galah lawan SK Sri Changkat : 8-0
SK Sungai Galah lawan SK Chederong Kelubi : 4-0

Peringkat Separuh Akhir
SK Sungai Galah lawan SK Raja Chulan : 9-0

SK Sungai Galah akan bertemu musuh tradisi mereka, SK Dato Sagor pada perlawanan akhir yang dijangka pada hari Rabu ini setelah SK Dato Sagor mengalahkan SK Chenderong Kelubi pada separuh akhir dengan jaringan 2-0.

Untuk melihat foto-foto sepanjang perlawanan diperingkat kumpulan, anda boleh layari Facebook Page SK Sungai Galah!

12:15 AM | Posted in , , | Read More »

Pasukan Hoki SK Sungai Galah tempat ketiga Daerah!

Pada hari Sabtu lepas, MSSD Perak Tengah telah menganjurkan perlawanan hoki peringkat Daerah di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Manjung.

SK Sungai Galah julung-julung kalinya telah menghantar pasukan lelaki dan perempuannya ke edisi kali ini.

Walaupun pemilihan pemain hanya dilakukan pada akhir tahun lepas, namun, jurulatihnya, En. Ahmad Hamiza sangat berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang telah menggondol tempat ketiga bagi kedua-dua kategori, lelaki dan perempuan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Juzaidah yang turut hadir untuk mengabadikan beberapa keping gambar pemain beraksi!

5:05 AM | Posted in , , | Read More »

Jamuan Akhir Tahun 2011 untuk Warga SKSG

15 Nov, Selasa - Hari persekolahan hanya tinggal 4 hari lagi, dan SK Sungai Galah telah mengadakan acara tradisi tahunannya, Jamuan Akhir Tahun di Heritage Hotel, Ipoh.
Majlis berjalan lancar walaupun tidak semua guru yang hadir atas sebab-sebab peribadi. Namun begitu, ianya tetap meriah seperti tahun-tahun terdahulu.

1:04 PM | Posted in | Read More »

Hari Kecemerlangan Akdemik dan Graduasi Pra Sekolah 2011 SKSG

10 Nov, Khamis - Semalam, bertempat di Dewan SK Sungai Galah, telah berlangsungnya Haru Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 dengan gilang gemilangnya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Faizal bin Datuk Haji Tajuddin, Pengerusi Biro Pengajian Tinggi.

Aturcara majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa pada pukul 9 pagi dan kemudiannya majlis perasmian berlangsung pada pukul 10 pagi.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian sijil untuk pelajar-pelajar Prasekolah bersempena Hari Graduasi mereka.

Apabila tamat penyampaian sijil-sijil tersebut, penyampaian hadiah-hadiah penghargaan kepada murid-murid cemerlang pada Peperiksaan Akhir Tahun pula menyusul.Majlis juga diselitkan dengan persembahan terakhir iaitu persembahan nasyid dari murid-murid.
 Acara kemuncak majlis adalah penganugerahan Tokoh Akademik Sekolah dan juga Tokoh Ko Kurikulum Sekolah. Tokoh Akademik Sekolah pada tahun ini telah menobatkah Adik Nur Aisyah Ilni sebagai pemenangnya manakalah Tokoh Ko Kurikulum pula jatuh kepada Adik Mohd Hakim Salleh.
Majlis ditamatkan dengan sedikit pemberian cenderamata kepada perasmi hari ini, Dr. Faizal sebagai tanda penghargaan daripada sekolah.

1:03 PM | Posted in | Read More »

Hari Kokurikulum 2011 berjalan dengan lancar

5 Oktober, Sabtu - Pada hari Khamis yang lepas, SK Sungai Galah telah pun mengadakan Hari Ko Kurikulumnya. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi merancakkan program tersebut.

Antara program-program yang mengisi hari tersebut termasuklah, perkhemahan beruniform, kawad kaki, pertandingan memasak, treasure hunt serta persembahan kebudayaan.
Majlis berkahir pada pukul 3 petang.

Semua foto boleh dilayari di Facebook Sekolah

1:02 PM | Posted in | Read More »

Recently Added

Blog Archive

Labels