TG. TUALANG - SK Sungai Galah sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohana Sukan Tahun 2012 pada Khamis lepas.
Kejohanan kali ini menyaksikan Rumah Kuning telah berjaya merampas kejuaraan yang selama ini disandang oleh Rumah Biru.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Saudara Ramelle Ashram Ramli, Bendahari UMNO Bahagian untuk merasmikan kejohanan pada tahun ini. Beliau turut menyumbang hadiah untuk Olahragawan dan Olahragawati sekolah pada tahun ini.
Sebagai tanda terima kasih beliau atas jemputan berkenaan, pasukan bola sepak SK Sungai Galah turut dihadiahkan satu set jersi baru tahun hadapan.
Olahragawan pada kejohanan kali ini adalah milik adik Abdul Rafik manakala Olahragawati pula disandang oleh Adik Nurul Nurain.
Beratus lagi gambar boleh dilihat Facebook Page SK Sungai Galah
10:08 AM |
Posted in
Koko,
Sekolah,
Terkini
|
Read More »
28 Feb, Isnin - Kejohanan Olahraga dan Balapan peringkat PKG Kg Gajah telah diadakan di padang SK Sungai Galah Sabtu yang lalu. Hampir semua sekolah di Zon Kg Gajah menghantar kontinjen terkuat masing-masing.
Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak.
Kejohanan kali ini sekali lagi dipelopori peserta-peserta dari SK Chenderong Kelubi yang membolehkan mereka menjuarai kejohanan edisi kali ini.
SK Sungai Galah, selaku tuan rumah, hanya mampu mengutip lima emas dari semua acara yang dipertandingkan.
12:41 AM |
Posted in
Koko,
Sekolah,
Terkini
|
Read More »
MENANG BESAR! Walaupun pasukan Malaysia semalam tunduk kepada Jepun, tetapi tidak kepada pasukan bola sepak SK Sungai Galah apabila berjaya menundukkan musuh tradisi mereka SK Dato Sagor 4 - 1 di perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Zon Kg Gajah.
Perlawanan yang berlangsung dihadapan penonton sendiri Dato Sagor menyaksikan persembahan cemerlang pemain-pemain SK Sungai Galah tanpa rasa gentar dengan sorakan mereka. Perlawanan ini juga merupakan sambungan perlawanan yang ditangguhkan pada minit ke lima akibat cuaca yang tidak mengizinkan.
Setelah berkali-kali bertemu di perlawanan akhir, akhirnya SK Sungai Galah berjaya membuktikan bahawa kejohanan kali ini adalah milik mutlak mereka. Kejayaan ini juga sangat manis apabila Guru Besar, En Abd Razak Hj Adam turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.
Sebelum itu, SK Sungai Galah telah pun beraksi cemerlang diperingkat kumpulan lagi apabila membelasah SK Sri Changkat 8-0, kemudian mengalahkan SK Chenderong Kelubi 4-0, dan membelasah SK Raja Chulan di peringkat separuh akhir dengan 9-0.
Kejohanan kali ini juga menyaksikan SK Raja Chulan mendapat tempat ketiga setelah menewaskan SK Chenderong Kelubi melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 50 minit perlawanan dan masa tambahan.
11:47 PM |
Posted in
Koko,
Sekolah,
Terkini
|
Read More »
JASIN, 19 Feb - Persatuan Pandu Puteri disaran melestarikan budaya kesukarelaan di kalangan 70,000 anggotanya di seluruh negara agar sikap bertanggungjawab, prihatin, peka, disiplin serta penyayang dapat disemai.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata dengan semangat 1Malaysia yang menitikberatkan sikap bekerjasama, persatuan itu mesti bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dalam menjayakan hasrat murni itu.
"Seperti kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul', bersama-samalah kita bergerak dan mengibarkan panji persatuan ke seluruh pelusuk negara sebagai sebuah badan yang aktif dan penuh prihatin dalam mendekati masyarakat yang memerlukan," katanya ketika berucap di Majlis Pandu Puteri Melaka Turun Padang di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, di sini.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia berkata menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, Pandu Puteri telah dilatih untuk memenuhi cogan katanya iaitu "Selalu Sedia", "Memberi Khidmat" dan "Tolong Orang Selalu".
"Apa yang paling penting, terima kasih kerana telah menyahut seruan saya supaya setiap Pandu Puteri Cawangan Negeri masing-masing diberi nafas baru melalui program turun padang," katanya.
Beliau tertarik dengan konsep "Bersama Kita Prihatin" ataupun " We Care We Share" yang telah dilaksanakan oleh Pandu Puteri Melaka melalui projek menghasilkan kerja tangan yang mampu dijadikan sebagai punca pendapatan sampingan.
- BERNAMA
11:16 AM |
Posted in
Koko,
Terkini
|
Read More »
Pagi tadi berlangsungnya perlawanan Bola Sepak peringkat zon PKG Kg Gajah di Padang SK Dato Sagor. Perlawanan pada hari ini melibatkan perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir. Perlawanan akhir hanya akan diadakan pada hari Rabu, di padang yang sama pada pukul 3 petang.
Hanya lima pasukan yang terlibat untuk perlawanan kali ini setelah beberapa sekolah menarik diri di saat akhir. Antara sekolah-sekolah tersebut adalah SK Dato Sagor dan SK Raja Chulan (Kumpulan A) dan SK Sungai Galah, SK Chenderong Kelubi dan SK Sri Changkat (Kumpulan B).
SK Sungai Galah telah bermain dengan cemerlang pada peringkat kumpulan dan separuh akhir hari ini. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan SK Sungai Galah.
Peringkat Kumpulan
SK Sungai Galah lawan SK Sri Changkat : 8-0
SK Sungai Galah lawan SK Chederong Kelubi : 4-0
Peringkat Separuh Akhir
SK Sungai Galah lawan SK Raja Chulan : 9-0
SK Sungai Galah akan bertemu musuh tradisi mereka, SK Dato Sagor pada perlawanan akhir yang dijangka pada hari Rabu ini setelah SK Dato Sagor mengalahkan SK Chenderong Kelubi pada separuh akhir dengan jaringan 2-0.
Untuk melihat foto-foto sepanjang perlawanan diperingkat kumpulan, anda boleh layari
Facebook Page SK Sungai Galah!
12:15 AM |
Posted in
Koko,
Sekolah,
Terkini
|
Read More »
Pada hari Sabtu lepas, MSSD Perak Tengah telah menganjurkan perlawanan hoki peringkat Daerah di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Manjung.
SK Sungai Galah julung-julung kalinya telah menghantar pasukan lelaki dan perempuannya ke edisi kali ini.
Walaupun pemilihan pemain hanya dilakukan pada akhir tahun lepas, namun, jurulatihnya, En. Ahmad Hamiza sangat berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang telah menggondol tempat ketiga bagi kedua-dua kategori, lelaki dan perempuan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Juzaidah yang turut hadir untuk mengabadikan beberapa keping gambar pemain beraksi!
5:05 AM |
Posted in
Koko,
Sekolah,
Terkini
|
Read More »