Guru Bahasa Inggeris Fullbright jumpa PM

PUTRAJAYA, 19 Jan - Sekumpulan guru Bahasa Inggeris Fullbright dari Amerika Syarikat Khamis membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di pejabatnya, di sini.

Turut hadir dalam pertemuan itu, ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) itu yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Jan, akan ditugaskan ke Johor, Pahang dan Terengganu selama 10 bulan bermulai 31 Jan.

Dalam ucapannya, Najib berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, semuanya adalah mengenai menusia.

"Semuanya mengenai kita, rakyat Malaysia dan Amerika yang mahu bekerjasama, yang mahu bertukar-tukar mengenai apa jua kekuatan yang kita ada. Apa cara yang lebih baik daripada dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan satu perkara yang benar-benar membawa perbezaan," katanya.

Program ETA meningkat tiga kali ganda tahun ini berdasarkan kepada perkongsian komitmen Presiden Amerika Barack Obama dan Perdana Menteri bagi memperluaskan program pertukaran rakyat dengan rakyat antara Amerika dan Malaysia.

Najib berkata Malaysia memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana ia amat penting bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai daya saing.

"Ia akan menjadi langkah penting ke arah itu kerana apabila kita ada rakyat Amerika mengajar anak-anak kita, saya yakin anak-anak kita akan lebih bermotivasi dan mendapat inspirasi," katanya.

- BERNAMA

12:10 PM | Posted in , | Read More »

Pencalonan Sekolah Kluster Cemerlang 2012 dibuka

12:08 PM | Posted in , | Read More »

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan dan penempatan bagi Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD telah boleh disemak di sini. 
Sila beri maklumbalas,muatturun dan cetak surat-surat dan bahan yang disediakan bagi mereka yang berjaya ditawarkan. 
Sebarang pertanyaan berkenaan program sila hubungi pihak Bahagian Pendidikan Guru di 03 8884/ 1269/1270/ 1272/ 1053 .

12:07 PM | Posted in , | Read More »

Murid maut dipanah petir, 4 termasuk guru cedera

KUALA KANGSAR – Seorang pelajar maut manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera dalam tragedi panahan petir di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Mazuin di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang terkorban, Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, bersama tiga rakan dan seorang guru baru sahaja selesai menjalani latihan memanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, tiga lagi rakan mangsa berusia 10 hingga 12 tahun dan seorang guru dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan ketika kejadian cuaca hujan dan mangsa bersama rakan-rakan masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan.

“Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pakri dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan kematian disebabkan oleh 'lightning injury'.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih lagi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

12:05 PM | Posted in , | Read More »

Guru dapat kaki palsu dari Bank Pembangunan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Bank Pembangunan Malaysia Berhad Selasa menyampaikan sumbangan kaki palsu buatan syarikat Otto Bock dari Jerman kepada seorang guru bahasa Arab yang mengajar di sebuah sekolah di Gombak.

Selain mendapat kaki palsu, Mahathir Al-Khobiri Mazlan, 23, yang kehilangan kaki kiri dari paras peha akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, turut menerima wang tunai RM10,200 untuk menampung kos perubatannya.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi Bank Pembangunan Jamaluddin Nor Mohamad yang menjelaskan ia dilakukan atas dasar kemanusiaan serta keprihatinan terhadap penderitaan Mahathir, melalui program "Kami Prihatin".

"Ia merupakan antara program tanggungjawab sosial Bank Pembangunan melalui Tabung Tazkiah Al-Amwal," kata beliau.

Menurutnya, bank tersebut akan meneruskan sumbangan dan aktiviti tanggungjawab sosialnya untuk mereka yang memerlukan.

Bank Pembangunan turut menyumbang RM20,000 kepada Sekolah Rendah Islam Al-Huda bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah yang baru.

Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengumpulan Dana, Ahmad Maulana Abdul Ghani.

Sebelum ini, Bank Pembangunan pernah menghulur bantuan kepada mangsa tsunami di Jepun selain menyumbang kepada pembinaan surau, masjid, pusat tahfiz serta anak yatim.

- BERNAMA

12:05 PM | Posted in , | Read More »

KSN tambah 3 lagi wakil CUEPAC untuk kaji SBPA

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Dipetik Bernama, beliau berkata, tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena meyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini.

Terdahulu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman hari ini berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek esok.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

Cuepacs berkata pihaknya akan keluar pasukan petugas khas SBPA jika permintaan mereka tidak dilayan.

- Bernama

12:03 PM | Posted in , | Read More »

Header sekolah


10:47 PM | Posted in | Read More »

Recently Added

Blog Archive

Labels