Guru didakwa cabul pelajar
KUALA LUMPUR: Seorang guru tuisyen sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Selasa lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Rahim Jamil @ Shafiee, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.
Sebelum teruskan pembacaan berita ini, adakah anda mahukan sesuatu yang percuma? Kalau ya, anda boleh cuba klik pada pautan INI. Syarikat telekomunikasi gergasi DIGI sedang membuat promosi yang hebat untuk semua...! 30 hari internet free...! Klik, jangan tak klik...rugiiii..! Ikhsan dari #DiGiFreeInternet
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di dalam kereta api KLIA Ekspres ketika perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke KL Sentral di Brickfields, di sini, pada jam 6 petang, 14 Ogos lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Zuraimi Kamarozzaman menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang penjamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh untuk disebut semula pada 18 September depan.